Kenangan di Sepanyol
Pada Disember yang lalu, saya bersama teman telah ke Sepanyol untuk bercuti selama enam hari. Di Sepanyol, kami telah mengunjungi kota Madrid, Toledo dan Granada. Sebelum ke Sepanyol, kami telah bercuti selama 8 hari di Maghrebi.
Pada 16 Disember, kami menaiki penerbangan Iberia 3703 dari lapangan terbang Mohamed V di Casablanca, Maghrebi. Setibanya di Lapangan Terbang Barajas di Terminal 4 satellite kami mendapati ia sungguh canggih dah besar. Setelah melalui pemeriksaan kastam tanpa sebarang masalah kami pun menaiki bas “shuttle” yang membawa kami ke Terminal 1. Di sana, terletaknya Stesen Metro. Kami menaiki system metro untuk ke “hostel” yang kami telah tempah untuk bermalam di situ. Ia terletak di Calle Montera, iaitu berhadapan dengan Stesen metro Gran Via. Tidak susah untuk menjumpai Hostel Metropole!
Di Hostel Metropole, kami telah dapat mempelajari tarian “flamenco”. “Flamenco” adalah tarian asli yang berasal dari Andalusia di Sepanyol. Tarian ini sungguh bersemangat dan rentaknya sungguh mengasyikkan. Ia melibatkan banyak gerakkan tangan seperti menepuk dan gerakan kaki iatu menghentakkan tumit. Kami berasa sungguh letih apabila belajar selama 1 jam dan guru kami telah menjemput setiap orang yang sudah mempelajari gerakkan tarian flamenco untuk cuba menari sebelum penutup.
Madrid sebuah ibukota yang sangat sibuk. Cuaca pada bulan Disember agak sejuk di lingkungan suhu 5 hingga 9 darjah selsius. Mujur kami cukup bersedia dan telah membawa baju-baju yang sesuai untuk cuaca sejuk. Di Madrid kami telah mengunjungi Plaza Mayor yang telah dibina oleh Raja Hapsburg Felipe III pada kurun ke 17.
Tugu Felipe III bersama kuda di Plaza Mayor (Equestrian statue)
Bangunan Plaza Mayor
Kami berjalan jalan dia daerah Preciados street di mana terletak tempat membeli belah yang terkenal iaitu ‘El Corte Ingles’.
Kami juga telah ke “Palacio Real” iaitu the Royal Palace yang dibina dengan gah oleh kerajaan Hapsburg juga berkurun yang lalu.
Palacio Real
Kami juga telah “picnic” di “Parque del Retiro” iatu taman yang sungguh besar dan cantik. Di sana, terdapat ramai orang dan persembahan musik jalanan. Pendek kata, taman itu sungguh meriah.
Parque Buen del Retiro, Madrid
Yang sungguh kami tidak dapat melupakan ialah semasa kami sempat menonton perlawanan bolasepak antara pasukan Real Madrid dan Recreativo de Huelva di Stadium Bernabeau. Tapi sayang, pasukan kegemaran kami iaitu Real Madrid, tewas pada hari itu 0-3!
Di Estadio Santiago de Bernabeu
Di kota Toledo yang terletak hanya 1 jam perjalanan bas dari Madrid, kami telah bersiar siar. Mengikut sejarah, Toledo adalah kota pertama yang telah dirampas dari pemerintahan Islam pada tahun 1085.
Hidangan istimewa Sepanyol untuk sarapan: Chocolate con churros
Antara bangunan bersejarah yang kami kunjungi ialah bekas Masjid seperti Cristo de la cruz dan juga. Ia bukan lagi berfungsi sebagai masjid dan ia dijadikan seperti muzium.
Mezquita de la Cruz di kota bersejarah, Toledo
Kami bersiar siar di Toledo bersama 5 orang pelajar dari Malaysia yang kami kenali sewaktu di stesen bas. Di Toledo, kami telah makan tengahari di sebuah restoran Anatolia halal sebelum berangkat semula ke Madrid. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan menukar alamat emel dengan teman-teman dari Malaysia, kami pun berpisah.
Makan tengahari di Toledo bersama teman-teman baru
Di Granada pula, kami telah mengunjungi Alhambra iaitu kubu dan istana yang dibina semasa pemerintahan Islam (Moors) di bumi Sepanyol. Ia dibina sewaktu 1238 hingga 1354.
Pemandangan yang sungguh indah di Istana Nasrid di Alhambra
Ternyata suatu pengalaman yang tidak akan kami lupakan. Ia sungguh indah dan kami terkenang waktu zaman pemerintahan Islam di bumi Sepanyol betapa gahnya Alhambra.
Taman Generalife (disebut Hay-na-rah-li-fay) di Alhambra
Istana Carlos V di Alhambra, dilihat dari taman yang terletak di masjid Mezquita de Mayor
Pergunungan Sierra Nevada, dilihat dari Alcazaba di Alhambra
Di kota Granada, kami juga telah mengunjungi Masjid yang dibina 3 tahun lalu iaitu Mezquita de Mayor Granada. Ia terletak di Albayzin sebuah daerah yang telah dinobat sebagai UNESCO World Heritage site. Indah sungguh masjid itu. Ada sebuah taman di Masjid itu dan taman itu dibuka untuk pengunjung tidak mengira bangsa atau agama. Semasa kami tiba di daerah itu, kebetulan azan zuhur sedang dilaungkan membuat kami berasa syukur dan bangga syiar Islam masih wujud di bumi Granada.
Dihadapan Masjid Mezquita di Mayor Granada
“Cobbledstoned walkways” di Albayzin
Di kota Granada daerah Calle Elvira, terdapat banyak tempat makanan halal yang dimiliki oleh rakyat Maghrebi yang telah berhijrah ke Sepanyol untuk memulakan perniagaan untuk mencari rezqi.
Jamal dan Nadia, pemilik sebuah cafe di Calle Elvira
Sepanjang pengembaraan saya pada kali ini, kota yang paling saya gemari ialah Granada kerana ia sungguh menakjubkan. Saya dapati bahawa percutian saya kali ini sungguh bermakna dan saya telah dapat menimba ilmu yang banyak.


















mak oit!!!
tak sangka ye lelaman web ini dalam bahasa melayu…
hehehe…. weird skit ah.. hehehe
Weird ke? Alamak…ni macam nak kena pergi tuisyen kat Dewan Bahasa dan Pustaka ah… kwang kwang kwanggg
hahahha…. tuisyen ke aper….
besh yer kamu…. asyik travel jek..
wei… biler nak discuss biz? hahahaha..
macam real ah aku nie..
Yan….So coool…. You went and you conquered.. Wah! I nak travel ada sikit sesak seh nak kumpul duit. Kaya kaya kaya… Lain kali you pergi mana2 I nak ikut!!
Ren : Alhamdulillah, selagi dikurniakan drpd Allah, Inshaallah, akan ku meneruskan pengembaraanku di dunia ini..hehehe
Bisnes eh…tu lah…lama sangat tak cakap pasal ni…sampaikan dah terluper seh!!! Aiseyyy
Julia: Alhamdulillah, memang sungguh indah pengembaraan kali ini ke Magrebi & Sepanyol. Berbunga bahasa ni eh…kwang kwang kwang
Tentunya boleh ikut!!
In all honesty, I’m looking for 2 more ladies to join me backpacking to Europe this December for 16 days, Inshaallah.
Will u be interested to join me?? Total minimum will be 4 ladies. Maximum I’ll put it at 6 ladies. Now got 4 vacancies. hehehehe. Meh ah join!! France-Holland-Italy-Switzerland and maybe Barcelona if $$ permits…
I want… Do send me the details…
Julia – Yup, inshaallah I will, once we conceptualise the trip on paper…or rather, thru softcopy. Hehehe
Ape khabar Yan!!! All ur travelling stories reli make me wanna travel 2!!! Very tempted to join you but sigh.. mane ku nak letak my hubby and si kecik tu… Hehehe….
Ayu – Khabar baik2, mekaseh : )
Hehe…it’s really difficult to get cured if kena bitten by the travel bug…
Takpe, sooner or later mesti ada chan untuk travel, Inshaallah! hehehe..